Sunday, 7 December 2014

The Penguins of Madagascar & Rise of the Legend

Assalamualaikum.

Al-kisahnya, semalam seharian keluar dengan Linda yang baru balik oncall
Pukul 8.30 pagi dia dah whatsapp 

"...aku on the way balik rumah! ang kat mana? jom tengok wayang."
"aku kat rumah baru lepas breakfast.ang tak nak tidur dulu ke ape ke? tak mengantuk?"
"aku tak perlu tidur. segar bugar kot. jom lah."
"alright. tak kisah. jom. kita gerak ke Kinta City pukul 11.30 pagi ek?"
"ok. ok. aku baru sampai rumah. nak mandi. sempatlah kan aku make-up dulu baru gerak"
"ye la tu. make-up la sangat ang tu. ok aku nak pergi iron tudung."

Maka kitorang pun gerak la ke Aeon Kinta City. Linda dah beli tiket Madagascar sesiap masa saya tengah driving. Si doktor ni berani betul buat transaction from mobile phone. Tapi tak pe. Dia dah biasa la tu yang yakin boleh. So kitorang pun sampai. Dah pukul 12.12 tengahari. Tiket pukul 12.15. Hahaha. Tapi Alhamdulillah. Dapat parking betul-betul depan pintu masuk tgv. Jackpot kan. Hohoho.

Beli popcorn, masuk. Oh untuk pengetahuan korang, kitorang pilih cerita ni without watching any trailer. Or at least baca review. Ni memang pilih berdasarkan keyakinan pada nama Madagascar tu sendiri. Confident habis yang cerita ni akan best macam Madagascar series yang lain. 


The Penguins (Source : Google)

So how was the movie?
Thumbs up! Memang kelakar! Saya memang dah jatuh hati dengan all these penguins :- Skipper, Kowalski, Rico and Private, dari previous movies lagi. Diorang ni memang kelakar, dah la comel, cakap ikut suka hati diorang dengan muka yang tak de perasaan, and most of time their impromptu actions affected those around them. Tapi diorang tak sedar pun. Suka hati je kan. Hahaha. 

Kisah dia tentang the penguins yang tiba-tiba kena culik dengan Dave si sotong yang suka menyamar jadi manusia sebab nak mangaburi mata semua orang masa nak jalankan plan jahat dia tu. Sebabnya Dave ni berdendam dengan kaum penguins. Kenapa? Korang kena la tengok sendiri. Rancangan jahat dia, nak musnahkan kaum penguins guna Medusa Serum yang dia cipta. To cut it short, the penguins berjaya lepaskan diri and masa diorang hampir ditangkap semula, diorang diselamatkan oleh North Wind, a group of spies consist of a wolf, polar bear, owl and harp seal. Macam mana pula North Wind ni boleh terjumpa and selamatkan our cute penguins, kan? Kena la tengok movie ni. Diorang punya aksi dengan percakapan tu, semuanya kelakar habis. Dah la Skipper tu ada habit hentam keromo bila sebut nama orang. Nama Dave tu tak pernah la dia sebut dengan betul. Lagi la bengang si Dave ni kan. Hahaha. Nampak sangat dia tak penting di mata Skipper. Picisan je gayanya. Hahaha.


Skipper (Source : Google)

Rating?
4.8/5 (Nak bagi 5 nanti korang kata melampau pula kan)

Kalau ada yang ajak tengok cerita ni lagi, nak atau tak?
NAK! NAK TENGOK LAGI.

Ok. Kitorang keluar from cinema around 2 pm. Terus pergi solat dulu. And after that, we had our lunch at Black Canyon Coffee.Oh, nak cakap pasal Iced Green Tea Latte kat sini (ala tak ada gambar pula. tak sempat). Sedap. I like it. Cuma rasa sedap tu still can't beat Starbucks Green Tea Latte. Tapi lain orang lain pendapat serta citarasa kan. Cuba lah. InsyaAllah. Mana tahu jatuh hati. 

Lepas makan around 3.45 pm (makan sekejap aje sebenarnya, tapi bersembang yang lama. bukan bergosip ye. tak de masa nak gosip. kitorang cakap tentang life, works and vision. gituuu. hihihi). So kitorang decided to watch the next movie yang memang kitorang nak tengok jugak without watching the trailer. Hihihi. Rise of The Legend. Haaaa. Yang ni, saya review esok ek. Nak gosok baju and siap-siap pergi kenduri kahwin ni.

Friday, 5 December 2014

Untuk kesekian kali..blogging!

Assalamualaikum.

Hahaha. Rasa nak gelak kat diri sendiri. Ini adalah cubaan kali ketiga untuk blogging. Ini adalah blog ke-3 yang pernah wujud. Sebab biasanya saya cuma bersemangat dan rajin pada minggu pertama. Sebab kadang-kadang tak tahu nak tulis apa. Kadang-kadang memang banyak cerita nak kongsi, tapi kebiasaannya akan berfikir berkali-kali "Patut atau tidak untuk dikongsi ek?". Dilema sangat. So I always end up sharing nothing.

Mulai jam ini, hari ni, bulan ini dan tahun ini, saya berazam untuk rajin menulis dan berkongsi tentang apa sahaja yang saya rasa saya nak kongsi ye. (^_^)

Ok. Saya nak keluar sekejap. Pergi ambil barang kat office. My favorite wide shawls are already here. Alhamdulillah. Sampai dah. Excited nak pakai shawl baru. Beli dari siapa??? Jeng.Jeng.Jeng.
Lain kali saya share ye.

Ilalliqa'.
Assalamualaikum.